Cermin mata siap sepantas 15 minit.
Tak perlu tunggu berhari-hari untuk cermin mata baru. Untuk prescription dan jenis kanta terpilih, cermin mata anda mungkin boleh disiapkan dalam masa 15 minit.
*Bergantung pada prescription, jenis kanta, stok dan kesesuaian kerja.
Betul ke boleh siap dalam 15 minit?
Ya — tetapi bukan semua jenis cermin mata.
Tempoh 15 minit adalah untuk single vision dan kanta terpilih, bergantung pada prescription, jenis kanta dan stok yang tersedia.
Untuk multifocal atau progressive, tempoh siap biasanya lebih lama kerana proses pembuatannya berbeza.
Mata anda perlu diperiksa dengan betul.
Pemeriksaan penglihatan membantu kami memahami keperluan mata anda sebelum mencadangkan cermin mata yang sesuai.
- ✓ Pemeriksaan kuasa rabun
- ✓ Pemeriksaan tekanan mata, mengikut kesesuaian
- ✓ Pemeriksaan bahagian dalam mata dan saraf mata, jika diperlukan
- ✓ Pemeriksaan penglihatan warna, jika diperlukan
- ✓ Pemeriksaan penglihatan kedua-dua mata
- ✓ Konsultasi bersama optometrist
Jika terdapat tanda yang memerlukan pemeriksaan lanjut, kami akan terangkan dan mencadangkan tindakan yang sesuai.
💬 Tanya Tentang PemeriksaanKami periksa lebih daripada sekadar “berapa power?”
Peralatan seperti fundus camera, slit lamp dan tonometer boleh digunakan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan mengikut kesesuaian. Optometrist akan menerangkan keputusan kepada anda.
Lebih 1,000 pilihan frame untuk dipilih.
Untuk kerja, memandu, belajar atau kegunaan harian — pilih frame yang sesuai dengan gaya, keselesaan dan keperluan anda.