“Merokok boleh rosakkan mata? Biar betul…”

Ya betul. Bila cakap pasal rokok, ramai cuma ingat kesan pada paru-paru dan jantung. Tapi tahukah anda, mata juga jadi mangsa senyap akibat tabiat merokok?
Rokok bukan sekadar racun pada sistem pernafasan — asapnya pun boleh bagi kesan langsung dan jangka panjang pada mata. Nak tahu apa kesannya?
Jom baca sampai habis. Ini bukan nak bagi anda takut, tapi nak bagi kesedaran untuk jaga mata sebelum terlambat 👁️

😱 Apa Yang Rokok Buat Pada Mata Kita?
1. Risiko Tinggi Katarak
Merokok menggandakan risiko anda untuk kena katarak, iaitu kabur pada kanta mata.
Macam mana nak tahu? Mata makin kabur walaupun power tak berubah, pandangan silau dan rasa macam berasap.
🔍 Fakta: Perokok tegar ada 2-3 kali ganda risiko alami katarak berbanding bukan perokok.

2. Degenerasi Makula (AMD)
Penyakit ini merosakkan bahagian tengah retina – tempat penting untuk melihat dengan jelas. Perokok lebih mudah alami penglihatan terjejas secara perlahan, terutamanya bila usia makin meningkat. Nampak muka orang pun boleh jadi kabur atau ‘hilang tengah’.
🔥 Fakta: Merokok adalah faktor risiko utama untuk AMD yang boleh sebabkan buta kekal.

3. Mata Kering & Iritasi
Asap rokok buat mata jadi kering, pedih, merah dan gatal. Lagi-lagi kalau merokok dalam ruang tertutup atau depan kipas – terus naik ke muka!
👁️ Tip: Kalau dah mata sensitif, cuba elakkan kawasan berasap atau merokok dekat orang lain.

4. Risiko Rabun Warna
Rokok boleh ganggu fungsi saraf optik, dan bila saraf terjejas, warna pun mula pudar dan keliru. Nampak macam kelabu, kusam, tak jelas beza antara warna-warna tertentu.
🧠 Saraf mata sangat sensitif – kalau rosak, susah nak pulih macam biasa!

5. Bahaya untuk Pesakit Diabetes
Kalau anda ada kencing manis dan merokok, risiko untuk dapat retinopati diabetes meningkat dengan mendadak. Gabungan dua ni ibarat “api dengan minyak”. Lagi cepat rosakkan retina!

✅ Apa Anda Boleh Buat Sekarang?
💡 1. Kurangkan atau berhenti merokok
Setiap langkah kecil bermakna. Kalau belum mampu berhenti terus, kurangkan dahulu dan cari bantuan sokongan.

💡 2. Dapatkan pemeriksaan mata secara berkala
Perokok (atau bekas perokok) disarankan buat pemeriksaan mata setiap tahun untuk kesan awal masalah.

💡 3. Guna kaca mata lindung mata dari asap dan UV
Mata perokok cenderung lebih cepat terdedah pada oksidatif stress. Gunakan cermin mata anti UV atau spek khas bila keluar.

💡 4. Jaga kesihatan keseluruhan
Minum air secukupnya, ambil makanan tinggi antioksidan seperti bayam, lobak merah dan ikan berlemak – ini bantu jaga mata juga!

One Optometry Sedia Bantu Anda Jaga Mata Lebih Awal!
Jangan tunggu mata rosak baru nak check!
📌 Di One Optometry, kami tawarkan:
✔️ Pemeriksaan saraf mata & retina
✔️ Ujian katarak & penglihatan warna
✔️ Pemeriksaan mata PERCUMA