TENTANG KAMI
Perkhidmatan Pemeriksaan Mata & Saraf Mata secara profesional & menyeluruh sejak tahun 2009, dengan lebih 700 ulasan 5 Bintang dalam Google!

One Optometry adalah 100% perniagaan bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2009. Operasi pada awalnya adalah membantu bahagian pemasaran dua buah syarikat optikal tempatan secara sambilan.
Kemudian, kami mengorak langkah sebagai satu-satunya kedai optikal bergerak bumiputera yang pertama di Malaysia yang menawarkan pemeriksaan mata 100% percuma secara fleksibel kepada seluruh warga Malaysia, menjangkaui di mana pun anda berada – di rumah, syarikat korporat, badan kerajaan atau mana pun lokasi anda. Kami memenuhi setiap keperluan individu.
Alhamdulillah, pada akhir tahun 2014, pembukaan premis kedai cermin mata fizikal pertama kami di daerah Batu Caves di sambut baik oleh warga sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pada tahun 2015, kami telah membuka cawangan kedua di Sungai Petani, Kedah. Seterusnya pada tahun 2017 di Setiu, Terengganu, dan pada tahun 2023 di Kangar Jaya, Perlis.

Misi Kami
Misi One Optometry adalah “Bringing Smile in Every Eye”, iaitu membawa senyuman kepada setiap mata, di mana kami memastikan penglihatan dan penampilan setiap pelanggan adalah terbaik.
Visi Kami
Kami maksimumkan potensi penglihatan setiap pelanggan melalui khidmat pemeriksaan mata yang berkemahiran dan khidmat konsultasi yang bertepatan dengan setiap gaya hidup bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman pekerjaan yang lebih berkualiti dan personaliti yang lebih trendi, berlandaskan 3 nilai utama yang dipegang iaitu kebahagiaan, perkhidmatan dan kemahiran.
Optometrist Kami
Pemeriksaan mata di One Optometry dijalankan oleh Pakar Optometris yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia (MOM). Pesakit dan pelanggan setia di One Optometry juga diberikan konsultasi status kesihatan mata beserta dengan tip-tip penjagaan mata bagi yang memerlukan.
Jamaliah Jalaludin
Pengasas dan Optometrist One Optometry HQ Batu Caves
Bachelor of Optometry (Hons), IUCTT. Optometrist Berdaftar (MOM O01065)
Nurul Huda Abdul Halim
Pengasas Bersama dan Optometrist
Bachelor of Optometry (Hons), IUCTT. Optometrist Berdaftar (MOM O00929)
Nor Izzati Ma Hussin
Pengurus dan Optometrist One Optometry Cawangan Setiu
Bachelor of Optometry (Hons), UIA. Optometrist Berdaftar (MOM O01789)
Mazatul Izni Mazlan
Pengurus dan Optometrist One Optometry Cawangan Sungai Petani
Bachelor of Optometry (Hons), MSU. Optometrist Berdaftar (MOM O01401)
Fatin Shahirah Ruslizan
Optometrist One Optometry Cawangan Perlis
Bachelor of Optometry (Hons), UKM. Optometrist Berdaftar (MOM O02508)