Kenapa Mata Berdenyut atau Bergetar? | Ini 4 Tips Cara Atasi

Facebook
LinkedIn

Kenapa Mata Berdenyut atau Bergetar?

Pernah tak tiba-tiba kelopak mata anda bergegar sendiri, macam ada nadi berdenyut di bahagian mata? Walaupun tak sakit, rasa ni boleh jadi sangat menjengkelkan, dan buat kita tertanya-tanya – normal ke ni?

Artikel ini akan jelaskan punca-punca mata berdenyut atau bergetar, bila perlu risau, dan apa tindakan yang boleh diambil.Mata Berdenyut

Alt text: Mata kelihatan letih dan sedikit tertutup akibat berdenyut atau bergetar tanpa kawalan


Jadual Kandungan

  1. Apa Maksud Mata Berdenyut atau Bergetar?
  2. Punca Biasa Mata Kerap Berdenyut
  3. Bila Perlu Risau?
  4. Cara Mengurangkan Simptom Ini
  5. Bila Perlu Jumpa Pakar?
  6. Kesimpulan

1. Apa Maksud Mata Berdenyut atau Bergetar?

Mata berdenyut atau bergetar biasanya merujuk kepada kelopak mata berkedut (eyelid twitching) yang berlaku secara spontan. Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai myokymia.

Ia berlaku bila otot-otot kecil di sekitar kelopak mata berkontraksi tanpa kawalan. Ia boleh berlaku pada sebelah mata sahaja dan kebiasaannya tidak menyakitkan.


2. Punca Biasa Mata Kerap Berdenyut

📌 Kurang Tidur – waktu tidur yang tak cukup menyebabkan otot mata mudah penat.

📌 Stress atau Tekanan – tekanan emosi boleh ganggu sistem saraf dan menyebabkan otot mata bergetar.

📌 Kafein Berlebihan – kopi, teh atau minuman tenaga yang tinggi kafein boleh jadi pencetus.

📌 Mata Letih / Strain Mata – terlalu lama menghadap skrin tanpa rehat.

📌 Kekeringan Mata – bila permukaan mata kering, otot di sekitar mata akan cepat tegang.

📌 Alergi – tindak balas alahan boleh menyebabkan mata gatal, kering dan berkedut.


3. Bila Perlu Risau?

Kebanyakan kes mata berdenyut tidak serius dan akan hilang sendiri.

Tetapi anda perlu lebih peka jika:

  • Berdenyut lebih dari seminggu tanpa henti
  • Melibatkan keseluruhan wajah (bukan mata sahaja)
  • Pandangan menjadi kabur atau berganda
  • Kelopak mata menjadi lemah atau tertutup sendiri

Situasi di atas mungkin tanda gangguan saraf atau masalah mata lain yang lebih serius seperti Bell’s Palsy atau blepharospasm.


4. Cara Mengurangkan Simptom Ini

Cukup Tidur – pastikan tidur berkualiti 7–8 jam sehari

Kurangkan Kafein – hadkan pengambilan kopi dan teh

Rehatkan Mata – gunakan peraturan 20-20-20 bila guna skrin: setiap 20 minit, lihat objek 20 kaki selama 20 saat

Gunakan Titik Mata (lubricant) – bantu legakan mata kering dan tegang

Urus Stress – amalkan teknik pernafasan dalam, senaman ringan atau solat dengan khusyukmata bergetar


5. Bila Perlu Jumpa Pakar?

Jika simptom berterusan atau disertai dengan tanda-tanda neurologi lain, berjumpalah dengan:

  • Optometris bertauliah untuk periksa keadaan mata
  • Doktor pakar neurologi jika disyaki berkaitan saraf

Di One Optometry, pemeriksaan menyeluruh boleh bantu kenalpasti punca sebenar.Mata bergetar


Kesimpulan

Mata berdenyut atau bergetar biasanya tidak berbahaya, tetapi ia petanda bahawa mata anda mungkin sedang penat atau tertekan.

Jangan ambil mudah jika simptom ini berlarutan. Buat pemeriksaan awal untuk lebih ketenangan dan rawatan yang sesuai.

📌 Klik di sini untuk buat temu janji pemeriksaan mata.

Shopping Cart