Panduan Pilih Spek Terbaik untuk Pelajar Sekolah

Facebook
LinkedIn

“Anak baru nak mula pakai spek… tapi nak pilih yang macam mana ya?”

Bila cikgu mula tegur anak selalu julingkan mata dalam kelas, atau anak sendiri mengadu tak nampak tulisan kat papan putih, itu mungkin tanda-tanda awal rabun.

Tapi sebagai mak ayah, nak pilih spek untuk anak sekolah ni bukan senang.
Kena fikir banyak benda:
📌 Kekuatan tahan lasak
📌 Selesa pakai dari pagi sampai petang
📌 Sesuai untuk aktiviti sekolah & sukan
📌 Tak cepat patah (dan tak cepat hilang 😅)

Jadi… jom kami bantu anda buat pilihan lebih bijak & jimat!

Apa Yang Perlu Ada Pada Spek Terbaik untuk Pelajar?

1. Ringan & Tahan Lasak

Pelajar sekolah = banyak bergerak. Kadang lupa letak spek, kadang tertidur pakai spek 😅

Tips: Pilih frame yang diperbuat dari TR90, acetate, atau material fleksibel – ringan tapi tahan hentakan!

2. Tak Mudah Tercalar

Lens berkualiti rendah mudah calar → penglihatan kabur → anak malas pakai spek.

Tips: Cari lens dengan coating anti-calar + anti-reflection. Anak akan lebih selesa, kurang silau waktu belajar.

3. Selesa & Tak Longgar

Kalau spek asyik melorot, anak pasti cabut dan tinggal dalam beg.

Tips: Pastikan frame ikut bentuk muka anak & ada nosepad yang selesa. Lagi bagus kalau optometrist boleh adjustkan siap-siap.

4. Lindungi dari Cahaya Skrin

Zaman sekarang, pelajar pun banyak guna gajet untuk pembelajaran.

Tips: Lens anti-blue light sangat membantu kurangkan silau & cegah mata letih walaupun hadap skrin lama.

5. Ikut Gaya & Warna Kegemaran Anak

Nak galakkan anak konsisten pakai spek? Pilih design yang anak sendiri suka!

Tips: Bagi anak pilih warna atau bentuk frame yang buat dia rasa yakin dan happy nak pakai setiap hari.

Cermin Mata Tak Tepat Boleh Jejas Prestasi Pelajaran!

Kalau spek tak sesuai:
  • Anak jadi cepat penat & mengantuk dalam kelas
  • Sukar nak salin nota / tengok papan putih
  • Sakit kepala atau mata selalu pedih

Sebab tu penting buat pemeriksaan mata sebelum pilih spek.

Pemeriksaan Mata PERCUMA & Pilihan Spek untuk Pelajar Sekolah di One Optometry!

Kami di One Optometry faham keperluan anak anda.

📌 Apa yang kami tawarkan:

✔️ Pemeriksaan mata percuma oleh optometrist bertauliah
✔️ Cermin mata khas untuk pelajar – ringan, tahan lasak & bergaya
✔️ Lens anti-silau & anti-blue light (Pakej Promosi Murah)

📍 Lokasi: Sungai Petani | Setiu | Kangar Jaya

Pelajar cemerlang, bermula dengan penglihatan yang terang!

Facebook
Telegram
WhatsApp
Shopping Cart