“Anak baru nak mula pakai spek… tapi nak pilih yang macam mana ya?”
Bila cikgu mula tegur anak selalu julingkan mata dalam kelas, atau anak sendiri mengadu tak nampak tulisan kat papan putih, itu mungkin tanda-tanda awal rabun.
Tapi sebagai mak ayah, nak pilih spek untuk anak sekolah ni bukan senang.
Kena fikir banyak benda:
📌 Kekuatan tahan lasak
📌 Selesa pakai dari pagi sampai petang
📌 Sesuai untuk aktiviti sekolah & sukan
📌 Tak cepat patah (dan tak cepat hilang 😅)
Jadi… jom kami bantu anda buat pilihan lebih bijak & jimat!
Apa Yang Perlu Ada Pada Spek Terbaik untuk Pelajar?
✅ 1. Ringan & Tahan Lasak
Pelajar sekolah = banyak bergerak. Kadang lupa letak spek, kadang tertidur pakai spek 😅
Tips: Pilih frame yang diperbuat dari TR90, acetate, atau material fleksibel – ringan tapi tahan hentakan!

✅ 2. Tak Mudah Tercalar
Lens berkualiti rendah mudah calar → penglihatan kabur → anak malas pakai spek.
Tips: Cari lens dengan coating anti-calar + anti-reflection. Anak akan lebih selesa, kurang silau waktu belajar.

✅ 3. Selesa & Tak Longgar
Kalau spek asyik melorot, anak pasti cabut dan tinggal dalam beg.
Tips: Pastikan frame ikut bentuk muka anak & ada nosepad yang selesa. Lagi bagus kalau optometrist boleh adjustkan siap-siap.

✅ 4. Lindungi dari Cahaya Skrin
Zaman sekarang, pelajar pun banyak guna gajet untuk pembelajaran.
Tips: Lens anti-blue light sangat membantu kurangkan silau & cegah mata letih walaupun hadap skrin lama.

✅ 5. Ikut Gaya & Warna Kegemaran Anak
Nak galakkan anak konsisten pakai spek? Pilih design yang anak sendiri suka!
Tips: Bagi anak pilih warna atau bentuk frame yang buat dia rasa yakin dan happy nak pakai setiap hari.

Cermin Mata Tak Tepat Boleh Jejas Prestasi Pelajaran!
Kalau spek tak sesuai:
- Anak jadi cepat penat & mengantuk dalam kelas
- Sukar nak salin nota / tengok papan putih
- Sakit kepala atau mata selalu pedih
Sebab tu penting buat pemeriksaan mata sebelum pilih spek.
Pemeriksaan Mata PERCUMA & Pilihan Spek untuk Pelajar Sekolah di One Optometry!
📍 Lokasi: Sungai Petani | Setiu | Kangar Jaya
Pelajar cemerlang, bermula dengan penglihatan yang terang!