5 Tabiat Warga Emas Yang Boleh Mempercepatkan Masalah Retina | Penjagaan Mata Warga Emas

Facebook
LinkedIn

5 Tabiat Warga Emas Yang Boleh Mempercepatkan Masalah Retina!

Ramai warga emas anggap penglihatan yang makin kabur itu perkara biasa. Tapi sebenarnya, banyak kes masalah retina berpunca daripada tabiat harian yang kita anggap remeh. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kualiti hidup dan menyebabkan kebutaan.Masalah retina


Jadual Kandungan

  1. Keluar Rumah Waktu Tengah Hari Tanpa Pelindung Mata
  2. Tak Kawal Gula Dalam Darah
  3. Tonton TV Atau Guna Telefon Dalam Gelap
  4. Tak Buat Pemeriksaan Mata Berkala
  5. Pakai Cermin Mata Tanpa Fungsi Lindung UV
  6. Cara Lindungi Retina Dari Awal
  7. Kesimpulan

1. Keluar Rumah Waktu Tengah Hari Tanpa Pelindung Mata faktor masalah retina.

Sinaran UV waktu tengah hari sangat kuat dan terus menyerang retina. Tanpa cermin mata khas, sinar ini boleh merosakkan sel retina secara perlahan.

Kesan:

  • Mata pedih, berair dan cepat silau
  • Retina rosak dalam jangka panjang
  • Risiko degenerasi makula meningkat

Sumber: WHO – UV Radiation


2. Tak Kawal Gula Dalam Darah Penyebab Masalah Retina

Diabetik Retinopati adalah punca utama kebutaan dalam kalangan warga emas yang menghidap diabetes. Gula tinggi merosakkan salur darah kecil di retina.

Kesan:

  • Penglihatan kabur
  • Mata berair atau berdarah
  • Retina bengkak dan rosak

Tip: Lakukan pemeriksaan tekanan mata dan retina setiap 6 bulan di One Optometry


3. Tonton TV Atau Guna Telefon Dalam Gelap

Tabiat ini menyebabkan retina terpaksa bekerja lebih keras dalam keadaan pencahayaan tidak seimbang.

Kesan:

  • Cepat letih mata
  • Silau bila keluar tempat cerah
  • Risiko retina makin sensitif terhadap cahaya

Penyelesaian:

  • Nyalakan lampu lembut bila guna peranti
  • Hadkan masa skrin kepada 30 minit setiap sesi

4. Tak Buat Pemeriksaan Mata Berkala

Banyak kerosakan retina tidak menunjukkan tanda awal. Pemeriksaan mata menyeluruh boleh kesan masalah lebih awal.

Kesan Bila Abaikan:

  • Masalah tak dikesan sampai dah kronik
  • Sukar dirawat bila sudah lewat
  • Berisiko buta kekal

5. Pakai Cermin Mata Tanpa Fungsi Lindung UV

Spek biasa yang tak ada penapis UV langsung tak mampu lindungi retina. Ramai warga emas beli spek murah tanpa tahu risiko.

Kesan:

  • Retina cepat lemah
  • Mata cepat silau dan rasa kering
  • Risiko degenerasi makula meningkat

Penyelesaian:

  • Guna cermin mata Photogrey atau Clip-on UV
  • Dapatkan nasihat dari Optometris bertauliah

Cara Lindungi Retina Dari Awal

✅ Kawal gula dalam darah
✅ Gunakan cermin mata pelindung UV (seperti kanta Photogrey)
✅ Hadkan pendedahan cahaya terang dan skrin
✅ Pemeriksaan mata setiap 6 bulan
✅ Makan makanan tinggi antioksidan: bayam, lobak, ubi keledek


Kesimpulan

Masalah retina warga emas bukan hanya sebab umur. Ia juga berpunca dari gaya hidup yang tak dijaga. Dengan beberapa langkah pencegahan, kita boleh bantu mak ayah kekalkan penglihatan yang sihat dan jelas lebih lama.

Klik sini untuk temu janji cek saraf retina percuma di One Optometry

Shopping Cart