fbpx

6 Tips Penting Penjagaan Cermin Mata Anda.

Penjagaan cermin mata yang baik boleh memanjangkan hayat kaca mata dan mengekalkan kualiti penglihatan anda. Hanya ikut beberapa langkah di bawah:

  • Pegang cermin mata anda dengan dua tangan. Jika anda menggunakan satu tangan ketika membuka dan memakai cermin mata, anda menghadapi risiko merosakkan bingkai cermin mata tersebut.
  • Jangan meletakkan cermin mata anda di atas kepala. Ini menyebabkan bingkai cermin mata anda mengembang.
  • Bawa casing/kotak cermin mata anda bersama. Membawa cermin mata anda dalam casing boleh melindunginya. Jangan meletakkannya di dalam poket atau beg tangan anda tanpa sebarang perlindungan, kerana ini boleh menyebabkan calar dan keretakan pada lens.
  • Elakkan punca haba. Meletakkan cermin mata di atas dashboard kereta atau berdekatan hair dryer tidak elok untuk kondisi cermin mata.
  • Bersihkan dengan kain ‘microfibre’. Elakkan dari menggunakan tisu atau kain kasar atau toilet paper. Sekiranya perlu, gunakan air suam.
  • Pembersihan mendalam dengan Ultra-Sonic Cleaning. Dapatkan servis cucian ultrasonic untuk cucian yang menyeluruh. Percuma di OneOptometry.
Shopping Cart