fbpx

3 Petanda Utama ‘Mata Malas’!

Perhatikan anak kita. Ada tak sekurang-kurangnya SATU petanda di bawah ni?

  1. Juling
  2. Tak suka apabila satu-satu mata itu ditutup tapi..kalau mata yang satu lagi ditutup ok jer.
  3. Sukar membaca jika huruf diletakkan dalam keadaan sesak-sesak atau rapat-rapat.

Jika ada, awas! Anak anda mungkin berpotensi ada ‘mata malas’.

‘Mata malas’ adalah keadaan di mana penglihatan yang kabur TIDAK DAPAT DIBETULKAN dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata. Senang kata, hang buat pi la apa pun, mata tu tetap kabuq. Boh spek ka, pakai contact lens ka, bedah mata ka, tetap sama. Kalau dah malaih tu, tak boleh buat apa dah. Seumur hidup tau! Puncanya terdapat gangguan fizikal atau gangguan rangsangan pada mata tersebut yang tidak dibetulkan, menyebabkan otak hanya memilih imej dari mata yang baik.
Apa akibat ‘mata malas’ ni?
  • Penampilan anak terjejas bila mana ‘mata malas’ kelihatan juling. Anak akan berasa malu berhadapan dengan dunia luar.
  • Sukar menganggar jarak/kedalaman sesuatu- kerap tersadung atau langgar sesuatu. Amat bahaya jika memandu kelak! Prestasi kerjaya anak juga terbatas.
  • 80% pembelajaran mereka akan terganggu. ‘Slow Learner’
  • 80% rangsangan mata mereka akan terganggu. Mata tidak dapat matang dengan baik.
Sangat bahaya, permanent vision loss! Boleh rawat ke? Boleh jika dibetulkan secepat mungkin. Macam mana nak betulkan?
  • Kita merawat punca kepada ‘mata malas’.  Kalau puncanya rabun, kita rawat rabun. Kalau puncanya juling, kita rawat juling. Kalau puncanya mata kuyu, kita ‘naikkan’ kuyu tu. Optometrist juga akan lakukan terapi visual untuk memaksa mata yang malas tu bekerja semula.
  • Tapi kuncinya, secepat mungkin! Seelok-eloknya sebelum umur 7 tahun. 
Misi utama kita adalah supaya anak-anak ini boleh melihat dan belajar dengan lebih sempurna seperti kanak-kanak lain. Ingat, 80% pembelajaran adalah melalui mata, dan 80% rangsangan manusia adalah pada usia awal kanak-kanak. Bayangkan apa yang anak ‘mata malas’ ini bakal terlepas jika ‘mata malas’ ni tak dibetulkan dari awal usia. 
Tak pernah cek mata anak? Bahaya! Bertindak segera, hubungi Optometrist anda dan buat temujanji segera. Pengesanan awal akan memberikan rawatan yang berkesan dan peluang penyembuhan yang lebih baik.

*Suka dan nak lebih lagi info mata? Boleh join group komuniti kami di sini: Sungai Petani / Setiu

Coretan Optometrist,
Cik Zatul
Klik sini untuk download dan simpan artikel di atas.
Shopping Cart