fbpx

5 Kesan Masalah Silau Malam Yang Mengganggu Penglihatan.

“Sebenarnya bahaya tak silau malam ni?”

Ramai yang mengaku ada petanda-petanda masalah silau malam seperti yang kami share sebelum ni. Tapi tak ramai yang ambik inisiatif untuk kurangkan masalah ni, sebabnya tak ramai yang tahu sejauh mana silau malam ni boleh memberi kesan kepada aktiviti kita seharian.

Sebelum kami share tips macam mana nak kurangkan silau malam, jom kami share dulu apa antara kesan silau malam ni kalau tak diselesaikan. Haa, Korang boleh baca artikel di bawah ni yaa. Kami kongsikan juga video untuk korang lebih faham.

5 Kesan Masalah Silau Malam

1. Gangguan Penglihatan

Kesan pertama yang biasa dirasai bila berdepan dengan masalah silau malam adalah gangguan penglihatan. Di mana, cahaya terang yang datang daripada sumber seperti lampu jalan atau kenderaan yang berkilau boleh mengakibatkan silau yang mengganggu penglihatan kita. Ini seterusnya menyebabkan kita hilang fokus dan berasa tidak selesa ketika melihat objek di sekeliling kita.

2. Mata Letih

Silau malam juga boleh menyebabkan mata menjadi cepat penat. Apabila mata terdedah kepada cahaya terang secara berterusan, ia boleh menyebabkan keletihan mata yang boleh memberi kesan kepada keselesaan dan kualiti penglihatan. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika individu terdedah kepada silau malam untuk jangka masa yang lama.

3. Ketidakselesaan Mata

Ketidakselesaan mata adalah kesan lain untuk silau malam. Mata akan menjadi kering, gatal, berdenyut atau berair apabila terdedah kepada cahaya yang terang. Kesannya, seseorang mungkin merasa sangat tidak selesa. Dan keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian mereka seperti memandu, membaca, atau bekerja dengan komputer atau gajet.

4. Hilang Fokus

Silau malam juga boleh menyebabkan hilangnya fokus semasa melihat. Apabila mata tidak dapat menerima perubahan cahaya dengan cepat, seseorang mungkin mengalami masalah untuk fokus pada objek yang ingin dilihat contohnya lampu jalan atau kenderaan yang terang dan akan nampak pecah-pecah. Ini menyebabkan mereka merasa was-was untuk memotong kenderaan di hadapan. Situasi ini akan membahayakan keselamatan pemandu dan juga orang lain, terutamanya semasa memandu pada waktu malam.

5. Tidak Dapat Melihat Objek dengan Jelas

Masalah silau malam juga boleh mempengaruhi seseorang untuk melihat sesuatu objek dengan lebih jelas. Di mana objek yang dilihat nampak kabur atau tidak ‘sharp’ (tajam) dan ini boleh menyebabkan risiko berlakunya kecederaan atau kemalangan, terutamanya semasa melakukan aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal atau mengendalikan jentera berat.

 

Kesimpulannya, gejala silau malam adalah perkara biasa. Tetapi ia boleh memberi kesan yang sangat serius kepada penglihatan dan kesihatan mata seseorang. Haa, mesti korang nak tahu kan cara nak mengatasi masalah ini? Next artikel kami akan kongsikan tips macam mana nak memandu dengan lebih tenang dan menang. Sabar ye 😊.

Macam biasa, anda boleh je kongsikan artikel ini supaya sama-sama beroleh manfaat.

Shopping Cart