fbpx

Mengenal Pasti Punca Masalah Silau Malam!

“Biasa la tu, silau bila kena lampu…”

Ramai yang jawab macam ni. Betol, memang normal kita akan rasa silau bila mata kena cahaya lampu. Nak-nak lagi cahaya dari kereta bila memandu pada waktu malam.

Tahukah anda semua, silau malam adalah masalah umum yang dihadapi oleh ramai pemandu di seluruh dunia. Keadaan ini boleh menjadi sangat membahayakan, terutamanya apabila berlaku semasa memandu pada waktu malam yang gelap. Terdapat beberapa punca utama silau malam, dan dalam artikel ini, kami akan membincangkan punca-punca tersebut.

Mengenal Pasti Punca Silau Malam

1. Rabun yang Tidak Dibetulkan

Salah satu punca utama silau malam adalah rabun yang tidak dibetulkan. Rabun ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia menjadi lebih ketara pada waktu malam. Ketika kita memandu pada waktu malam, cahaya dari lampu kenderaan dan lampu jalan akan menyebabkan silauan yang lebih teruk pada mata yang rabun.

2. Lampu Tambahan Kenderaan
Lampu tambahan yang terlalu terang atau tidak diselaraskan dengan betul boleh menjadi punca silau malam. Ini boleh dilihat kebanyakan kenderaan sekarang ni mempunyai lampu kabus atau dipanggil fog lamp yang berfungsi untuk memudahkan penglihatan pemandu ketika melalui jalan berkabus.

Tetapi ada juga pemilik kenderaan yang mengubahsuai fungsi fog lamp ini untuk nampak lebih bergaya. Akibat penyalahgunaan fungsi lampu ini, ia memberi kesan kepada penglihatan pemandu lain terutamanya yang mempunyai silau bila berhadapan dengan keadaan malam yang tidak berkabus.

3. Kedudukan Lampu yang Tinggi pada Kenderaan
Kedudukan lampu yang terlalu tinggi pada kenderaan juga boleh menyebabkan silau malam kepada pemandu yang datang dari arah bertentangan. Masalah ini sering dikaitkan dengan kenderaan yang besar seperti lori atau SUV yang mempunyai kedudukan lampu yang lebih tinggi daripada kenderaan biasa.

4. Mata Kering
Mata kering adalah masalah mata yang biasa terjadi terutamanya kepada mereka yang banyak terdedah kepada persekitaran berhawa dingin atau kawasan yang berangin. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk pada waktu malam apabila kelembapan udara semakin rendah.

5. Katarak
Katarak merupakan keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh yang berpunca dari proses penuaan, kecederaan mata dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kekaburan penglihatan, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Halos dan silau adalah antara gejala yang sering berlaku dalam kalangan penghidap katarak.

6. Glaukoma
Glaukoma adalah penyakit mata yang merosakkan saraf optik dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara perlahan-lahan. Pada peringkat awal, masalah glaukoma ini mungkin tidak menunjukkan gejala yang jelas kepada penghidap. Tetapi pada peringkat yang teruk, penghidap akan mengalami tanda-tanda seperti kabur penglihatan, medan penglihatan yang semakin mengecil ataupun ia boleh menyebabkan silau malam dan kehilangan penglihatan yang serius.

 

 

Kesimpulannya, silau malam adalah masalah serius yang boleh membahayakan pemandu dan penumpang. Penting untuk kita mengenal pasti punca silau malam dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Haa, nak tahu macam mana nak atasinya? Nanti kami akan kongsikan petua macam mana nak memandu dengan selamat dalam situasi tenang dan menang, tak payah serabut mata dah😊.

Macam biasa, boleh ja kongsikan video ni utk sama-sama beroleh manfaat.

Mata Jelas, Elak Terbabas.

Shopping Cart