fbpx

9 Petanda Masalah Silau Malam

“Time musim hujan je mesti malas nak bawak kereta…”๐Ÿ˜ญ
Gejala Silau Malam yang mungkin kita hadapi tanpa kita sedari.

Keluhan di atas adalah antara yang biasa kita dengar dan ia menjadi isu pemanduan. Ini merupakan salah satu petanda silau malam yang menyebabkan penglihatan yang kurang jelas.

Hati-hati! Silau malam adalah punca utama kebanyakan kemalangan yang berlaku di waktu malam. Bahaya tau!

Adakah ini sahaja petanda untuk masalah ini?

Memahami tanda-tanda silau malam adalah penting dalam mengenali kesan buruknya terhadap penglihatan dan keselamatan diri, supaya kita lebih waspada terhadap pemanduan dan menjadikanย  pemanduan di waktu malam lebih selamat.

 

Antara petanda atau gejala Silau Malam ialah:

1. Penglihatan Menjadi Kabur.

Penglihatan kurang jelas adalah petanda yang paling biasa didengar. Ia membuatkan penglihatan menjadi terhad untuk mengenalpasti halangan yang mungkin ada di jalan.

2. Penampakan Halo di Sekeliling Cahaya.

Halo adalah penampakan seperti cincin di sekeliling sumber cahaya apabila terdedah kepada lampu hadapan yang terang. Situasi ini boleh mengganggu fokus mata ketika memandu.

3. Penampakan Kilatan dan Silauan Cahaya.

Silau merujuk kepada cahaya terang yang menjadikan penglihatan kita memercah dan tidak fokus dan ini boleh mengganggu penglihatan semasa memandu pada waktu malam.

Kilatan adalah pancaran cahaya yang tiba-tiba dan boleh membuatkan penglihatan buta sesaat.ย  Dan menjadikan mata sukar untuk mengekalkan tumpuan.

4. Kesukaran Menganggar Jarak.

Kesukaran menganggar jarak dengan tepat sangat mempengaruhi keupayaan mata untuk menilai sejauh mana kenderaan atau objek lain berada dari kita.

5. Mata sering letih dan tegang.

Terdedah secara berterusan kepada cahaya boleh menyebabkan keletihan dan tekanan pada mata. Ia mempengaruhi keupayaan mata untuk kekal peka dan fokus pada pemanduan terutama pada waktu malam.
Mata yang keletihan juga menyebabkan penglihatan kurang responsif, seterusnya meningkatkan risiko kemalangan.

6. Sering Stres dan Bimbang

Pendedahan kepada silau cahaya secara kerap boleh menyebabkan stres dan meningkatkan kebimbangan semasa pemanduan.

Tahap stres yang tinggi boleh mempengaruhi penentuan dan tumpuan mata, menjadikan keadaan semakin berbahaya.

7. Kurang Keyakinan dalam Memandu pada Waktu Malam.

Perasaan kurang yakin dengan kemampuan memandu pada waktu malam menjadikan diri mengelak untuk memandu pada waktu tersebut, lantas membataskan kebebasan peribadi dan sosial seseorang.

8. Sering Marah-marah di Jalan Raya.

Kekecewaan yang disebabkan oleh silau malam boleh menyumbang kepada insiden kemarahan jalan raya.
Perilaku agresif oleh pemandu yang kecewa boleh memburukkan konflik dan mencipta situasi berbahaya di jalan raya.

9) Mata jadi sangat sensitif terhadap cahaya.

Percubaan membuka anak mata untuk melihat dalam cahaya yang terang boleh menyebabkan stress dan pembukaan anak mata secara berterusan. Ia seterusnya meningkatkan sensitiviti mata terhadap cahaya, atau lebih dikenali sebagai fotofobia.

Keadaan ini mana mata menjadi sensitif dan kurang selesa walaupun dalam keadaan cahaya yang tidak terang.

 

Untuk kesimpulannya, silau malam bukanlah masalah yang kecil – ia adalah satu kebimbangan keselamatan serius yang boleh membawa kesan buruk yang lebih besar. Dengan mengenal pasti bahaya masalah ini dan seterusnya mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesannya, kita boleh menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua orang dan menikmati perjalanan pada waktu malam dengan lebih yakin.

 

Nak tahu apa yang menjadi punca kepada silau malam? Baca selanjutnya di sini.

Ingat,
Mata Jelas, Elak Terbabas.

 

Shopping Cart